Perlindungan Data

Teknologi semasa, termasuk kaedah penyulitan data, digunakan bagi melindungi maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui portal ini.

Langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian turut dilaksanakan bagi mengelakkan capaian tanpa kebenaran, pindaan, pendedahan atau kehilangan data.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik serta penghantaran data peribadi akan dilindungi dengan penggunaan teknologi keselamatan yang sesuai dan dikawal mengikut keperluan semasa.

Walau bagaimanapun, pengguna juga digalakkan memastikan peranti dan rangkaian masing-masing berada dalam keadaan selamat semasa mengakses portal ini.